Sultan Abdullah berkenan untuk bersama-sama turun padang melihat perjalanan sekatan jalan raya di 3 jalan utama di ibu negara. (Gambar Instagram Istana Negara)

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan untuk bersama-sama turun padang melihat sendiri perjalanan sekatan jalan raya di 3 jalan utama di ibu negara.

Ia melibatkan beberapa jalan termasuk di Jalan Semantan, Jalan Hartamas, Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Loke Yew, Jalan Ampang, Jalan TAR, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam di jalan-jalan berkenaan bagi melihat sendiri perkembangan operasi dan menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Al-Sultan Abdullah turut melahirkan penghargaan kepada usaha dilakukan anggota polis dalam operasi berkenaan.

“Terima kasihlah kepada pihak polis menjalankan tugas, saya pun tadi pergi 3 roadblock Semantan, Damansara, harap dapat membantulah nasihat kepada dia orang ye supaya hentikan berada di jalanraya ni,” kata Sultan Abdullah ketika berada di salah sebuah sekatan jalan raya di ibu negara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com