Muhammed Yusoff Rawther.

KUALA LUMPUR: Polis sekali lagi memanggil Muhammed Yusoff Rawther, lelaki yang mengeluarkan akuan bersumpah mendakwa Anwar Ibrahim melakukan serangan seksual, selepas kira-kira 8 jam memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah, semalam.

Difahamkan polis berusaha untuk merakamkan kenyataan lanjut daripada Yusoff.

Semalam, beliau menghabiskan masa kira-kira 8 jam di ibu pejabat polis Bukit Aman ditemani peguam Haniff Khatri Abdulla.

Polis menyiasat dakwaan Yusoff mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.