Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, polis sedang menyiasat perkara itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti yang tular dalam media sosial hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed.

“Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hari ini Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan perlembagaan Malaysia, sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi 1 minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 Sept, 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.