Merah sememangnya warna kegemaran majoriti semua orang. Malah merah juga lambang “tuah” kepada masyarakat Cina.

Dan bagi makanan apa sahaja yang berwarna merah, sudah pasti akan membuka selera.

Kek red velvet, agar-agar, Skittles antara makanan yang pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terliur, malah air sirap pastinya mampu menghilangkan dahaga sesiapa sahaja!

Tapi, pernahkah anda terfikir, dari mana datang pewarna merah ini? Dari bunga ros ke? Atau dari tumbuhan lain yang berwarna merah?

Jangan terkejut ia bukannya datang dari tumbuhan sebaliknya menurut perkongsian seorang wanita di Twitter, pewarna merah yang kita atau pengeluar selalu letak dalam makanan sebenarnya datang daripada kumbang!

Bukan setakat makanan, malah lipstick yang anda pakai setiap hari juga dapat warna daripada kumbang ini.

Kalau anda hendak tahu, kumbang ini namanya “cochineal”.

Jika anda ternampak kumbang ini dan cuba bunuh dengan memicitnya, ia akan keluarkan cecair berwarna merah.

Malah pada botol pewarna makanan tertera perkataan “cochineal”.

Mungkin anda tidak pernah terfikir sebenarnya ia adalah nama kumbang?

Tapi, persoalan paling besar sekali, boleh ke makan?

Jangan risau, umat Islam boleh makan makanan atau guna produk yang menggunakan cochineal ini.

Menurut Mufti Wilayah, Cochineal serangga yang darahnya tidak mengalir.

Zat pewarna yang dihasilkan boleh digunakan oleh manusia.

Dalam fiqh, serangga jenis macam ini adalah suci dan tidak membahayakan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com